Monday, 21 August 2017

360 darjah

Aku sedang melalui fasa perubahan.

Totally berubah
360 darjah

awalnya aku sendiri tidak perasan. Namun bila hubby memegang tangan dan menciumnya serta mengucapkan

"Sayang, terima kasih atas segalanya "

Dia katakan aku banyak berubah kerana mencintai dia. mengutamakan kemahuan dia atas segalanya. dan bersabar atas karenahnya.

aku cuma terdiam dan mengalirkan air mata.

Ya air mata

berapa banyak air mata aku tumpah kerana kegembiraan , kesedihan dan terharu. bergelen sudah rasanya. Namun aku tetap rasa bahagia.

dan apabila marah dan kekecawaan menguasai diri . aku belajar bertenang . dan melihat kembali . apa yang hubby lakukan untuk aku selama ini. meletakkan diri aku sendiri di tempatnya. dan melihat dari sisi yang berbeza .

Dia adalah suamiku . Dunia akhirat , insyallah jika diizinkan olehnya.

Aku menerima segalanya mengenai dia sepenuh hati. Baik dan buruknya dia. Tiada manusia sempurna di dunia ini.

melihat kembali aku yang dulu. Jika dibandingkan dengan Hubby. Bagaikan langit dengan bumi. Dia penuh ilmu didada. bagiku , cukup sempurna. benar benar ini lelaki yang aku minta untuk meminpin tangan ku.

Tidak selamanya manusia berada dalam kejahilan dan insyallah dengan izin-NYA semuanya akan berubah menjadi yang terbaik. 

Monday, 17 July 2017

Antara Nasi lemak , ketam , octopus dan Sfiha


Siapa kata kawin ngan chef dia akan masak kat rumah? Percayalah diorang takkan masak . Lagi lagi bila ada wife kat rumah. manja kemain.

Makanan kegemaran : Nasi Lemak Ayam. Hatta masa aku sarat mengandung pun masih masak untuk hubby. Puas hati bila dia habiskan makanan dia setiap kali aku masak. Dia tak suka bening dan sup jernih yang aku suka. Beza betul.

Ikan Jenahak/ Kurau/ siakap Sweet Sour

Ni Feveret dia. Sekor boleh habis sorang. Tapi hubby memang akan bagi aku isi putih. siap suap lagi. selalu hubby akan bawak balik sampai 5 ekor . pastu bila makan kat kedai tomyam dia akan tanya aku nape jual mahal sangat . padahal masak sendiri murah.

Ketam Nipah .
 Satu hari aku bawak balik Ketam nipah hidup. Kononnya hubby chef jadi mintalah dia siangkan ketam.

Me : Hubby can u help me to clean this crab. i want cook our dinner.
Hubby : Ok.
aku terus ajak dia ke dapur dan tunjuk ketam hidup tu . tak sampai 5 minit dia dah bergaduh dengan ketam tu. siap baling senduk.

hubby : bie, we cannot eat this . this monster.
me : aku punya gelak tak ingat .Can la bie. u wait and see
sambil tutup ketam tu. aku wassap group family dan kawan kawan camne nak bunuh ketam tu, Cara paling tak kejam ialah tangkap dan masukkan dalam peti ais . biar dia sejuk .

Esoknya ketam dah mati. Siang ketam pun aku guna youtube .
aku masak butter cream. dan hubby makan crab tu dengan gembiranya sambil dah lupa monster semalam tu.

Octopus dan squid 
Satu hari aku ada site visit kat pulau ketam. Beli sotong fresh. dan aku masak tumis pedas. tumis bawang dan cili di potong serong. letak santan dan kacang panjang. hubby suka sangat. bila dia meratah tetiba. dia terjumpa kepala sotong tu.

hubby : bie.. bie... come here
me : ya bie..
hubby : what is this? sambil angkat kepala sotong
me : oh squid .
hubby : this octopus right ?
me :  sambil gelak . eh nolahhhhh... this squid , octopus cousin.

hubby terus bangun cuci tangan. Sejak tu aku mmg beware ngan makanan hubby. Akan tanya dia dulu. Bila dah reda baru aku tanya sebab mushabab dia x makan octopus . dia geli tengok janggut tu dan octopus makan orang . Jadi lepas tu aku tetap masak sotong untuk dia . Sotong sedapkan. cuma janggut kepala tu aku pastikan dia tak nampak.

Sfiha / pizza arab

Ada gak makanan arab yang hubby bawak balik bagi aku cuba. Antaranya Sfiha . Syifa ni sedap. dua keping roti flat yang diisi mcm mcm inti . mcm fiza . dari inti cheese sampailah ke daging. ada rasa manis, ada yang masin . bergantung pada intinya.

Kuih raya arab 

masa raya ritu, hubby ada bawak kuih raya balik, macam biskut planta ber-minyak ghee dan berinti kurma. Serius sedap. manis kat inti kurma je. Aku nak balas balik kat wife boss hubby tapi hubby kata tak payah. padahal masa raya tu . aku masak cheese cake strawbery . Teruk sangat ke cheese cake strawberry aku tu. Oh memang sejak kawin aku rajin sangat buat dessert sbb hubby suka dessert . lagi2 cheese . padahal aku x berapa gemar cheese .

aku masih nak biasakan hubby makan makanan melayu. Setakat ni. dia cakap yes pada assam pedas ikan. Ikan aku x makan . hahahaha . seafood suka sangat terutama udang dan ketam.

Belacan Ok
Budu Tak ok - sebab hubby x suka benda bau . Durian pun dia x suka
Buah buahan tempatan - Fav pisang dan mangga

Delima & tembikai - fav aku ngan dia. Makanan harian semasa preggy timo

jambu batu dalam warna pink- ni dia belikan aku jus dari arab. ready for drink. First time rasa terus request dari hubby .

Wednesday, 12 July 2017

Cik Puan Zeno dan Encik Zeno

Beberapa hari lagi besday ke 35 dan aniversary pertama aku dan hubby . Panggil dia Encik Zeno. Menjadi isteri Encik Zeno bukan perkara mudah. Perbezaan budaya dan adat termasuk makanan menjadi cabaran bagi kami berdua. Ini adalah perjalanan yang perlu kami tempuhi bersama.

Encik Zeno adalah lelaki yang tegas dan amat bertimbang rasa. Dia sentiasa berusaha untuk memahami aku. Dan aku juga berusaha sepenuh hati mengubah cara hidup aku untuk menjadi lebih baik. Banyak perkara yang berbeza dan aku kini sudah biasa dengan kehendak dia. Tiada berhias jika hendak keluar rumah. cukup kelihatan kemas. tiada lagi minyak wangi kegemaran apatah lagi mekap. Pada mulanya aku agak protes. Apatahlagi melihat ramai gadis cantik muda remaja tetapi dia menyatakan dia tidak mahu lelaki lain melihat aku . Aku milik dia . Berwangian hanya di dalam rumah . Untuk Dia . Hanya untuk dia. En zeno menyatakan pada aku . segala-galanya pada aku adalah milik dan tanggungjawab dia.

Aku mencintai dia lebih lagi . namun sepertimana yang dia minta. Tiada cinta pada manusia melebihi kepada tuhannya.

En zeno, saya hendak menjadi isteri awak sehingga ke akhirat. Terima kasih atas segalanya. bimbingan dan cinta awak kepada saya. Semoga tuhan memberi keberkatan dan kebahagian berpanjangan.

XOXO

Wednesday, 5 July 2017

Timo

Alhamdullilah , syukur ke hadratnya. Pertengahan april aku selamat melahirkan baby boy. Buah hati mama dan baba . Tim . aku panggil dia Timo. Hampir 3 bulan dah umurnya .Ya ampun keletahnya memang menyenang kan hati . Timo sangat mudah senyum dan gelak. Sekarang dah pandai mengereng dan silang kaki. Dia nangis sebab nak susu je. dah pandai agah agah n jerit jerit nak keluarkan suara. 

Semalam dia merajuk dengan aku semata aku lewat balik, ajak gurau , gelak n kiss kiss pun tak de respon . Tapi bila selak je baju untuk dia, terus mengekeh gelak n senyum. Senang cair betul macam baba. 

hubby selalu hantar gambar dan video timo pada family kat syria. Nenek dia suka sangat dan puji timo bijak dan geram nak cium timo. kata ada campuran cina . padahal Jawa pure . hahaha . keluarga hubby semuanya lawa kemain. tengok anak buah dia yang kat germany memang boleh panggil timo sebagai Hasbhi zeno ( Zeno yang berkulit hitam) . 

Insyallah timo bersunat hari sabtu ni. Harap timo x sakit . risau sangat . Doakan yang terbaik ya. 

Saturday, 28 January 2017

hidup baru dan istiqamah

alhamdullilah ,
im married already
now tengah preggy dengan baby boy

cuma
hub
totally different if compare dengan aku

macam langit dengan bumi
banyak perkara dalam hidup aku
dia tak tahu
ataupun mungkin dia sendiri pilih untuk
tidak ambil tahu

generally
im happy
tapi langit bukan selalu cerah
dugaan tuhan untuk lihat aku istiqamah dalam
berubah sangat banyak
next time aku ceriter yer.


Tuesday, 31 March 2015

layak?

Apa aku sudah lakukan
aku melepaskan kemarahan
dan ketidakpuashatian aku kepada dia

aku mengelar mereka rusa dan dubuk
apa aku lakukan ini
aku meletakkan diri aku rendah dari mereka
malah hari ini
aku pula membandingkan dia
dengan bekas kekasih yang lain

aku tidak berniat menyakitkan dia
tapi
aku berkata hakikat

aku tidak LAYAK
untuk mana-mana lelaki melayu pun
Lelaki melayu mahu perempuan yang sempurna
perfect
dan aku tidak punya kriteria itu
jadi aku dengan mudah menerima
takdir
yang aku sendiri tidak mungkin akan kawin untuk selamanya

Dia lebih suka berdiam diri
Nah
bukankah itu yang dia lakukan
merata mereka mencemuh aku
cukup hanya dengan tanya bagaimana keadaan aku
bukan
hanya diam dan sembunyi

Agaknya
memang ini tuhan mahukan
buat apa pertemukan dan jatuh kan hati aku pada mereka
untuk mereka lukakan aku lebih dalam lagi?

Lebih baik tinggalkan aku sendiri
hidup sendiri
aku lebih selesa
menjaga diri
dari menambah dosa membenci

Thursday, 26 March 2015

Dugaan

Aku percaya bila tuhan
mengambil sesuatu dari kita 
dia akan menggantikan dengan perkara lebih baik 

Dalam keadaan aku masih berkabung 
sampai berita tentang aku 
dari orang paling aku tahu 
jujur dan sayang pada aku 

sahabat 
memang sukar dicari 
seperti dia 
aku benar respek pada dia 
dah aku anggap adik 
jika ada perkara salah aku lakukan 
dia akan menegur dengan berhikmah

Sahabat mengkhabarkan 
cerita 
dari perempuan itu 
mengenai diri aku 
merata dan tidak segan silu 
mengatakan perkara buruk 
tentang aku 

Aku terdiam 
tiada reaksi pada awalnya 
namun 
sebaik pulang ke rumah 
aku menangis semaunya 
dan aku sedar 
benarlah perkara dia 
menjauhkan diri pada aku 
kerana hal itu 
Tau apa doa aku semasa itu 
" Ya ALLAH Ya tuhanku , KAU berilah aku kekuatan untuk 
menghadapi perkara ini " 

Namun apa yang buat aku terima 
dan senyum kembali 
apabila aku tahu 
dia sudah membuat keputusan 
perkara benar atau tidak 
dia seharusnya bertanya pada aku 
tapi ini adalah haknya 
dan aku menghormatinya 

pada perempuan itu pula 
mungkin dulu 
ada salah paham yang berlaku 
jika dia masih menyebarkan perkara ini 
ia sudah tiada kena mengena dengan aku 
perkara ini adalah antara dia dengan tuhan 
dan aku tidak tekikis pun 
aku hanya menyerahkan segalanya pada DIA 

Takdir ini aku yang punya 
aku yang hadapi 
aku yang rasai 
aku berharap segalanya akan menjadi lebih baik dari semalam. 


XOXO 
Nina Maryam